Agenda memantapkan program Akademik dalam pembangunan sektor pendidikan tinggi negara dengan tujuan bagi mewujudkan sistem dan modul yang lebih berkualiti menepati hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua telah dilaksanakan oleh badan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) melalui lawatan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) selama dua hari iaitu pada 22 dan 23 April 2015.
Prof. Madya Dr Wan Mat Bin Hj Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU (Hal Ehwal Akademik) telah mengetuai perwakian MEDIU dengan ucapan aluan dan penerangan secara ringkas tentang MEDIU .Turut bersama meraikan delegasi MQA ialah Dekan Institut Pengajian Siswazah Dr Ahraf Hassan, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr. Usman Jakfar, Dr Amaludin Lamani, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam dan Dr. Seiko Toury, Dekan Institut Kajian Ilmiah.
Lawatan ini betujuan untuk Program Pembangunan Dalam Sektor Pendidikan Tinggi Negara khusus dalam ‘Master in Aqidah.
Delegasi yang diketuai oleh Pn Suhana Ramli, Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) ini telah disertai oleh :
- Prof. Madya Dr. Engku Ahamd Zaki Engku Alwi (UNISZA)
- Assoc Prof Dr Jaffary Awang (UKM)
- Dr. Berhanudin Abdullah (UNISZA)
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)