fbpx

MEDIU Tandatangan MoU Bersama ACOST

[Best_Wordpress_Gallery id=”32″ gal_title=”MoU With ACOST”]

Serentak dengan usaha bagi memperluaskan peluang pendidikan secara professional diperingkat antarabangsa, Al Madinah International University (MEDIU) telah menandatangani memorandum persefahaman di dalam pendidikan bersama Kolej Sains dan Teknologi Al Ofoug ( ACOST) yang merupakan Institusi yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Sudan. Mewakili Al Madinah International University (MEDIU) ialah Prof Madya Dr Ab Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, manakala Kolej Sains dan Teknologi Al Ofoug oleh Dr. Abd Rauf Mohammed Toha, Ahli Majlis Tertinggi merangkap Ketua Jabatan Sains Pentadbiran ACOST.