fbpx

Kunjungan Atase Pendidikan Kedutaan Besar Arab Saudi Ke (MEDIU)

[Best_Wordpress_Gallery id=”62″ gal_title=”150929 Visit Prof. Dr. Zaid Al Harithy”]

“Terima Kasih Universiti Antarabangsa Al-Madinah! Saya amat menghargai jasa dan kesungguhan MEDIU dalam mentransformasikan sektor pendidikan. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana Kerajaan Malaysia telah membuka peluang yang seluasnya dan sokongan yang jitu didalam sektor ini bagi memberi peluang kepada masyarakat di seluruh dunia dapat meneruskan pengajian dalam sektor pendidikan tinggi . Hanya Allah sahaja yang layak membalasnya dengan ganjaran yang baik”. Ujar Prof. Dr. Zaid Al Harithy, Atase Pendidikan Kedutaan Besar Arab Saudi Di Kuala Lumpur sejurus selepas lawatannya ke kampus Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di Shah Alam pada 30 September 2015.

Sebelum itu Ketua Pegawai Eksekuti MEDIU, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi memberi penerangan secara terperinci berkaitan MEDIU dan sistem yang diguna pakai serta menyatakan bahawa pemilihan Malaysia sebagai kampus utama MEDIU ialah kerana Malaysia memiliki kemajuan dan keupayaan yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat, memiliki pembangunan yang bersifat tranformasi kearah memacu ekonomi negara dan kestabilan politik yang telah dicapai sekian lama.

Kunjungan Atase Pendidikan Kedutaan Besar Arab Saudi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada kali ini ialah bagi mengukuhkan hubungan yang telah dijalinkan, meninjau perkembangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah dan mengetahui perkembangan pelajar-pelajar dari seluruh dunia yang telah memilih MEDIU sebagai Institusi Pengajian Tinggi untuk menyambung pengajian mereka dalam bidang Pengajian Islam, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, Kewangan dan Perniagaan, Pendidikan dan Bahasa.