Anugerah Khidmat Cemerlang Untuk Kakitangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) bagi suku kedua tahun 2015 telah disampaikan oleh Prof. Dr Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU. Anugerah tersebut telah disampaikan pada majlis Himpunan Kakitangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) bagi penggal kedua tahun 2015 yang telah diadakan pada 3 Ogos 2015 baru-baru ini.
Pada himpunan yang telah diadakan di Dewan Tingkat 14 ini juga telah dibentangkan perkembangan dan gerak kerja yang telah terlaksana pada suku kedua tahun 2015 oleh Y.Bhg. En Fuad Ahmad Bin Umar Al-As, Pengurus Pentadbiran MEDIU.
Ucap Utama pada himpunan kali ini telah disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU. beliau juga telah membentangkan berhubung perkembangan kursus yang telah ditawarkan di MEDIU yang telah memperolehi akraditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perkembangan kampus baharu MEDIU yang kini dalam usaha melengkapkan bangunan yang terletak di Seksyen U1, Shah Alam. Bangunan yang terdiri daripada 15 tingkat itu sedang dilengkapi kemudahan ruang pusat pembelajaran dan akademik serta pejabat pentadbiran bagi menyediakan kemudahan asas yang lebih bersistematik, berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada para pelajar tempatan dan luar negara.