Telah berlangsung Forum Sastera Islam anjuran Fakulti Bahasa, Universiti Antarabangsa Al-Madinah dengan kerjasama Persatuan Sastera Islam Sedunia. Program yang diadakan pada 25 Jun 2015 baru-baru ini telah diberi pengisian oleh panel jemputan iaitu Y.Bhg. Prof. Walid Kassab, Timbalan Presiden Persatuan Sastera Islam Sedunia yang berpusat di Riyadh, Arab Saudi dan Y.Bhg. Prof. Dr. Mustafa Bahgat, Pensyarah di Fakulti Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Para tetamu dan peserta telah diberi penghormatan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU Bahagian Akademik, Prof. Madya Dr Hj. Wan Mat Hj Sulaiman. Setersunya ucapan pembukan oleh Y.Bhg Prof. Madya Dr Daud Elegha, Dekan Fakulti Bahasa MEDIU. Sebelum pembuka bicara panel jemputan, para peserta telah disajikan dengan persembahan bercerita di dalam bahasa arab oleh siswa semester pertama dari Malaysia , saudara Mohammed Fawzi. Persembahan beliau yang memfokuskan sejarah sahabat nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihiwasallam, Abu Musa Al-Asya’ari R.A telah disampaikan dengan penggunaan bahasa yang amat baik beserta iringan seni sastera yang mengkagumkan. Persembahan beliau ini telah mendapat pujian daripada panel jemputan dari Riyadh dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kemuncak utama program dengan penampilan panel pertama iaitu Prof. Dr. Walid Kassab yang telah membahaskan dengan terperenci berkaitan sastera islam dan keperluannya masa kini serta perkembangan Persatuan Sastera Islam Sedunia yang amat memberangsangkan. Prof. Dr. Walid Kassab telah memuji sambutan yang agak luar biasa dari universiti, kakitangan dan pelajar. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada universiti kerana berusaha dengan penuh komitmen menjayakan program seperti ini yang merupakan usaha untuk memeliha sastera Islam agar terus subur sebagai medan dakwah terhadap masyarakat di seluruh dunia.
Forum yang telah dipengerusikan oleh Dr. Sayyed Muhammad Salim ini juga telah menjemput Dr. Falayyeh al Samarai’e dari Fakulti Bahasa di MEDIU dan Prof Madya Dr. Ab Rahim Ismail yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Ekskutif MEDIU sebagai panel dan tetamu kehormat.