fbpx

Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia 2015 Berjalan Lancar

[Best_Wordpress_Gallery id=”1″ gal_title=”bb1m”]

Majlis Penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia tahun 2015 kepada Pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah berlangsung baru-baru ini bertempat di tingkat 11. BB1M merupakan inisiatif daripada Kerajaan Malaysia sebanyak RM250 kepada setiap pelajar Malaysia bagi mengurangkan bebanan membeli buku-buku pelajaran dan buku rujukan.

Semua pelajar Malaysia di MEDIU telah menerima BB1M merangkumi pengajian di peringkat Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Peringkat Kedoktoran (Ph.D). Majlis penyerahan Baucar Buku ini telah dilangsungkan selama lima hari dan telah berjaya menyerahkannya kepada sebahagian besar pelajar-pelajar Malaysia di MEDIU.

“Skim Baucar Buku 1 Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan benar-benar membantu para pelajar bagi mereka menyediakan buku-buku pelajaran dan buku-buku yang menjadi keperluan sebagai rujukan. Walaupun MEDIU menyediakan bahan rujukan percuma kepada pelajar melalui perpustakaan digital, dengan bantuan BB1M telah membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk memiliki buku berbentuk fizikal . Sehubungan itu saya ingi memesan supaya para pelajar hendaklah mengunakan baucar ini sebaik mungkin dengan membeli buku-buku keperluan di dalam pelajaran.” ujar Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU).