fbpx

Penyertaan MEDIU di Majlis Perasmian ‘Selangor International Indegenous Art Festival 2015’

[Best_Wordpress_Gallery id=”47″ gal_title=”with Selangor Tourism”]

Penyertaan dua puluh lima  orang Siswa dan Kakitangan MEDIU di  Majlis Perasmian Acara ‘Selangor International Indegenous Art Festival 2015’ anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui agensi kerajaan negeri, Selangor Tourism. Acara yang turut disertai penyertaannya dari agensi luar negara seperti dari New Zealand, Australia, serta Sabah dan Sarawak ini telah diadakan  Taman Botani Negara, Shah ALam pada 22 Ogos 2015

Mewakil kakitangan universiti ialah  Asst. Prof. Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary, Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En Ahmad Zakaria Bin Faizul, Pegawai di Jabatan Perkhidmatan Korporat dan En. Abu Bakar Ghali, kakitangan di Unit Khidmat pelanggan MEDIU.

“Kami amat berbesar hati dengan jemputan ini. Acara ini telah memberi pendedahan kepada penuntut MEDIU berkaitan Malaysia yang memiliki sumber kekayaan asli dari alam semula jadi dan kehidupan masyarakatnya yang unik dengan kemahiran tersendiri”.  Ujar Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary.

Acara yang telah dirasmikan oleh Y.B. Exco Selangor, Puan Elizabeth Wong ini telah mempamerkan pelbagai persembahan oleh orang asli, pameran keseniaan ,  pertunjukan kebudayaan, karnival dan sebagainya.