Majlis Perasmian Program Orientasi Siswa Baharu Untuk Pengambilan September 2015 Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah diadakan pada 08.09.2015. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Universiti Antarabangsa Al-Madinah. Beliau juga turut memberi ucapan yang berunsur kata-kata nasihat dan inspirasi kepada peserta yang terdiri daripada siswa tempatan dan antarabangsa. Turut hadir ialah Delegasi MEDIU terdiri ialah Prof. Madya Dr Hj. Wan Mat Bin Hj. Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik), Prof Madya Dr. Ab Rahim Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof Madya Dr.Ismail Bin Mat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Dr. Yousef, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Dr. Bakare Kazeem Kayode, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar.
[Best_Wordpress_Gallery id=”61″ gal_title=”150908 Orientasi”]