fbpx

Syeikh Mishari Rashid Al- ‘AFasy Kunjungi MEDIU

[Best_Wordpress_Gallery id=”55″ gal_title=”Visit By Misyari”]

Kunjungan Syeikh Mishari Rashid Al- ‘AFasy ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada hari Isnin 31 Ogos 2015. Pada awal kunjungan  beliau telah adakan pertemuan bersama Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU  yang pernah menjadi  guru kepada Syeikh Mishari Rashid Al- ‘AFasy ketika menuntut di Universiti Islam Madinah. Ketika itu Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi juga menjawat jawatan sebagai Dekan di sana. Syeikh Mishari Rashid Al- ‘AFasy merupakan Qari terkenal di peringkat antarabangsa dan Imam di Masjid terbesar di Kuwait di bawah  Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Kuwait. Beliau juga merupakan  pemilik tunggal saluran Telivesyen Islam pertama Kuwait yang dikenali sebagai Canel  A’fasy dan  canel Al-‘ afasy Q.

Pertemuan yang amat bermakna ini telah diambil kesempatan oleh Syeikh Mishari Rashid Al- ‘AFasy untuk menjalinkan hubungan yang lebik akrab dan mengenali dengan lebih dekat tentang Universiti Antarabangsa Al-Madinah yang semakin mendapat tempat di serata dunia dengan pembelajaran berteraskan teknologi maklumat untuk keseluruhan kursus termasuklah dalam bidang Pengajian Islam , Bahasa, Kewangan, Perniagaan, Pendidikan dan Kejuruteraan. 

Program yang telah diatur selia oleh Jabatan Perhubungan Awam MEDIU sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang ke 58  ini juga telah memperuntukkan waktu untuk masyarakat setempat mendengar bacaan al Quran secara langsung dan ucapan ringkas daripada Syeikh Mishari Rashid Al- ‘AFasy yang telah diadakan di Dewan Kuliah MEDIU, tingkat 14.

“Semoga kalian deberikan ganjaran yang baik oleh Allah Subhanahu Wataala di atas  kehadiran pada majlis ini . Harapan saya agar sama-sama kita mengamalkan al Quran di dalam kehidupan kita agar kita sentiasa mendapart rahmat Allah Subhanhu Wataala”.

“Syabas kepada MEDIU yang telah menarik minat saya untuk mendalami tentang program yang dijalankan dan kemudahan yang disediakan dengan pencapaian ilmu berasaskan teknologi terkini yang amat memberangsangkan dengan tujuan untuk pembangunan ummah. Satu pembaharuan dan transformasi dalam sektor pendidikan tinggi ”. Ujar  Syeikh Mishari Rashid Al- ‘AFasy selepas memperdengarkan bacaannya.

 Turut serta meraikan kunjungan beliau ke MEDIU  ialah Y.Bhg. Ustaz Abdul Karim Al Fattani, Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.