Kunjungan wakil Kerajaan Jordan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Shah Alam telah berlangsung pada 4 Ogos 2015 . Mewakili Kerajaan Jordan pada lawatan ini ialah Y.Bhg Dr. Maen Masadeh yang merupakan wakil kerajaan yang bertaraf Menteri yang berpejabat di Kedutaan Besar Jordan di Kuala Lumpur . Turut mengiringi kunjungan beliau ke MEDIU ialah Atase Pendidikan di Kedutaan Jordan, Dr. Sakhir Bazaighe.
Ketibaan mereka telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Madya Dr.Hj. Wan Mat Hj Sulaiman.
Prof. Dr. Muhammad Khalifa amat mengalu-alukan kehadiran wakil dari kerajaan Jordan itu dan menyatakan rasa gembiranya diatas lawatan yang diadakan ini.
Seterusnya delegasi yang diketuai oleh Y.Bhg Dr. Maen Masadeh telah diberi penerangan berkenaan sistem pengajian yang diguna pakai di MEDIU, berhubung perkembangan kursus yang telah ditawarkan di MEDIU yang telah memperolehi akraditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perkembangan kampus baharu MEDIU yang kini dalam usaha melengkapkan bangunan yang terletak di Seksyen U1, Shah Alam.
Sejurus selepas lawatan, Y.Bhg Dr. Maen Masadeh telah menyatakan rasa kagumnya dengan pencapaian yang telah dimiliki oleh MEDIU khususnya kemudahan di dalam program yang diperkenalkan yang telah mendapat pengiktirapan daripada Kementerian Pendidikan Jordan dan beberapa negara lain termasuklah Indonesia, Mesir, Nigeria dan lain-lain lagi. “Lebih membanggakan, pencapaian MEDIU dalam teknologi yang diguna pakai, MEDIU telah memperkenalkan bentuk pengajian yang mengkagumkan dengan kombinasi pengajian di dalam kampus dan pengajian secara jarak jauh yang terbuka melalui atas talian yang boleh dipelajari di mana sahaja pelajar berada. “Saya amat gembira kerana pada hari ini saya dapat melihat dengan sendiri suasana di kampus ini dengan maklumat yang terperinci dan lengkap daripada CEO dan pegawai di sini”.
Pada akhir lawatan, Delegasi dari kerajaan Jordan ini telah mengambil peluang mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran MEDIU di Kampus Plaza Masalam yang serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.