fbpx

Hari Terbuka bersama Pelajar Baru Pasca Siswazah

[slideshow id=173]

Jabatan Pengajian Siswazah (DEPS) telah mengadakan sesi pertemuan bersama-sama para pelajar baru pasca siswazah pada Isnin lalu, 23 September 2013. Sesi pertemuan itu diadakan bagi mengenalpasti masalah atau isu-isu yang berkaitan dengan pengajian para pelajar selain daripada membantu memberikan sokongan kepada mereka dalam meningkatkan kualiti kemahiran yang dimiliki.

Sesi itu telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU daripada Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan; Prof. Madya Dr Ab Rahim Ismail, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Prof Dr Doukoure Massire, Timbalan Dekan Pengajian Siswazah; Dr Abdulsamad Ebrahim Yahya, Hal Ehwal Pelajar Deanship; Assoc.Prof.Dr. Dr Moussa Oumar Keita serta wakil-wakil daripada Jabatan Pengajian Siswazah dan  44 orang pelajar pasca siswazah sesi pengambilan September 2013.

Mesyuarat itu bermula dengan pengenalan ringkas mengenai visi dan misi MEDIU yang disampaikan oleh Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Prof Dr Doukoure Massire. Beliau juga turut menyampaikan ucapan alu-aluan kepada pelajar-pelajar baru selain menerangkan objektif dan peranan Jabatan Pengajian Siswazah (DEPS) dalam membantu dan membimbing para pelajar.

Penyampaian berkenaan kemasukan MEDIU, pelbagai prosedur seperti pendaftaran, visa, penempatan pelajar, undang-undang dan peraturan universiti dan prosedur menulis kertas penyelidikan juga turut diterangkan kepada para pelajar yang hadir.

Pada akhir sesi, sesi soal jawab dan perbincangan turut dibuka bagi menjawab sebarang pertanyaan dan keraguan di kalangan para pelajar.