fbpx

Pengerusi Lembaga Gabenor

Segala puji dan syukur dirafakkan pada Allah SWT atas peluang yang diberikan untuk saya menyertai Al-Madinah International University (MEDIU). Allah berfirman dalam Surah Al-Mujadilah, ayat ke-11 (mafhumnya): “Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu agama (ditinggikan) beberapa darjat.” Al-Madinah International University (MEDIU) merupakan antara perintis sistem pembelajaran atas talian (e-learning). MEDIU menggunakan teknologi terkini dalam menyebarkan ilmu pengetahuan ke seluruh tempat. Di samping itu MEDIU juga berjaya mengubah bahan-bahan pendidikan dan program-programnya ke dalam bentuk elektronik yang berkualiti tinggi bagi memudahkan para penuntut memantapkan ilmu dan kemahiran mereka. MEDIU juga memberi tumpuan kepada penerapan piawaian antarabangsa agar selari dengan perkembangan universiti-universiti bertaraf antarabangsa serta bagi merealisasikan misi dan matlamatnya yang bertunjangkan agama Islam.

Semoga Allah SWT mencurahkan keberkataan kepada universiti ini dan memberi ganjaran yang banyak kepada semua pihak yang menyumbang.

Wallahu al-Muwaffiq

Prof Dr Saad bin Nasser bin Abdulaziz Al-Shathri

Ketua, Lembaga Pengarah Al-Madinah International University (MEDIU)

Senarai Lembaga Gabenor

1.Prof. Dr. Aloqla Mohammad Ali
2.Dr. Yahya Ibrahim A. Al Yahya
3.Prof. Dr Ibrahim Abdullah Almohaissin
4.Dr. Abdullah Bin Saad Alarefi
5.Prof. Dr. Mohammad Khalifa A. Altamimi
6.Prof. Dato' Dr. Mohd Radzi Othman
7.Datuk Dr. Rosti Saruwono