fbpx

Kemasukan/Pendaftaran

Bagaimana untuk menjadi Pelajar MEDIU?

Untuk memastikan perkhidmatan yang cepat dan kaedah aplikasi pengesanan yang cekap, proses pendaftaran kini adalah di dalam talian(online) sepenuhnya.

Yuran permohonan tidak akan dikembalikan kerana ia diperlukan untuk memproses permohonan dan butiran adalah seperti di bawah:

PRASISWAZAH

Proses Yuran
1. Permohonan dalam talian RM25.00 / USD 8.00
2. Permohonan di kampus
———- Pelajar Tempatan RM25.00 / USD8.00
———- Pelajar Antarabangsa RM100.00 / USD31.00

 

PASCASISWAZAH

Proses Yuran
1. Permohonan dalam talian RM100.00 / USD31.00
2. Permohonan di kampus RM100.00 / USD31.00

 

Sila beri perhatian kepada tarikh akhir permohonon kerana ia penting dan berkaitan dengan permohonan anda di sini.

Permohonan MEDIU adalah dibuka sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghantar permohonan anda sekurang-kurangnya enam (6) minggu sebelum bermulanya semester pengambilan baru iaitu pada bulan September, November, Februari atau Jun.

Memohon Via Online

Klik di sini untuk memohon dalam talian (Untuk permohonan dalam bahasa arab klik di sini)

MEDIU hanya menerima permohonan atas talian. Sejurus selepas anda memohon, anda akan menerima pemberitahuan pengakuan dan akan disertakan dengan nama pengguna dan kata laluan. Apabila menerima permohonan anda, kami akan menghantar maklumat asas (senarai semak) untuk membantu anda dalam melengkapkan pendaftaran mengikut waktu yang ditetapkan. Permohonan akan dikaji semula dalam tempoh dua (2) minggu dan senarai keterangan akan dihantar ke email anda untuk menjelaskan semua keperluan bagi melengkapkan permohonan anda. Semasa proses permohonan, anda boleh menyemak status permohonan dalam talian anda dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan. Kami menggalakkan anda untuk memulakan proses ini enam (6) minggu sebelum tarikh pendaftaran. Untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan kepada pemohon, kami menerima pembayaran di peringkat awal permohonan.

ID Pelajar MEDIU

Setelah kemasukan berjaya, pelajar akan menerima ID bagi membolehkan mereka ke peringkat seterusnya iaitu proses pendaftaran kursus pilihan.

Pendaftaran Ke Kursus Pilihan

Pelajar MEDIU dikehendaki untuk memilih dan mendaftar mata pelajaran mereka mengikut kursus pengajian yang diingini. Selepas pendaftaran berjaya dan pembayaran yuran pengajian selesai, pelajar akan menerima pengesahan pendaftaran dalam tempoh satu (1) minggu. Jika pemohon tidak menerima pengesahan pendaftaran dalam tempoh satu (1) minggu, sila hubungi kami (sila gunakan ID pelajar anda untuk mempercepatkan proses).

  • Pra-Pendaftaran dan Pendaftaran Subjek Untuk Pelajar Baru.
  • Prosedur Pendaftaran Pelajar Lama

Selepas pendaftaran mata pelajaran, pelajar perlu membayar yuran kursus mengikut Kaedah Pembayaran yang telah ditetapkan.

CARA PEMBAYARAN

Untuk lebih terperinci klik sini.

MEDIU menerima pembayaran secara dalam talian, deposit langsung, atau perintah juruwang untuk membolehkan pelajar kami mudah untuk membayar yuran dan tuisyen mereka. Maklumat terperinci akan dihantar kepada semua pemohon.