fbpx

Fasa Permohonan

Kami amat mengalu-alukan kunjungan anda di laman web ini yang direka untuk pemohon yang ingin menyertai Universiti kami, di dalam pelbagai kursus pengajian yang disediakan. Sebelum anda memohon, sila semak garis panduan dan maklumat yang anda perlu fahami, sebagai tambahan kepada prosedur permohononan anda. Ini bagi memudahkan kemasukan maklumat melalui dalam talian(online) dan juga proses pendaftaran di Universiti. Laman ini disediakan bertujuan supaya pemohon dapat melengkapkan keperluan pendaftaran bermula dari permohonan awal sehingga tamat pendaftaran dan pendaftaran subjek akademik.

Peringkat permohonan yang perlu dilalui oleh pemohon ialah:

Pemohon perlu mengisi borang permohonan melalui dalam talian terlebih dahulu; setelah selesai mengisi borang, halaman baru akan muncul untuk menyemak maklumat pemohon. Selepas memeriksa maklumat, pemohon boleh memuatnaik dokumen-dokumen terus kepada sistem aplikasi untuk peyimpanan di dalam fail khas.

Setelah pemohon mengisi borang permohonan di laman web universiti, status pemohon di dalam sistem CMS akan menjadi (AS) yang bermaksud (permohonan dihantar). Sistem secara automatik akan bertindak balas kepada pemohon bagi pengesahan e-mail pemohon itu. Pemohon perlu merujuk kepada e-mail pemohon untuk mengaktifkan permohonannya. Dengan berbuat demikian, status pemohon akan berubah menjadi (AV) yang bermaksud (permohonan disahkan). Jika pemohon tidak mengaktifkan permohonan, pemohon akan menerima surat amaran untuk melakukan pengaktifan. Jika pemohon tidak mengaktifkan aplikasi yang dihantar, kami beranggapan bahawa e-mail yang diberi bukan e-mail pemohon, oleh itu pemohon perlu menyemak alamat e-mail yang pemohon kemukakan.

Selepas status pemohon ditukar kepada (AV) di dalam CMS, pemohon dikehendaki untuk memuatnaik dokumen. Perlu diketahui bahawa permohonan tidak akan dipertimbangkan melainkan mereka memuatnaik dokumen melalui CMS.

Jabatan yang berkenaan akan mengesahkan dokumen-dokumen dan memastikan dokumen pemohon adalah lengkap. Dokumen-dokumen ini termasuk (salinan sijil, salinan rasmi transkrip, satu salinan kad pengenalan kebangsaan, gambar – untuk lelaki sahaja, dan dokumen sokongan). Setelah dokumen lengkap dimuatnaik, status pemohon akan ditukar kemudian (DC).

Jawatankuasa kemasukan akan membuat keputusan mengenai status pemohon yang akan menjadi salah satu daripada berikut:

  1. OL– permohonan yang diterima
  2. CL– permohonan diterima dengan syarat (syarat seharusnya berada di dalam surat tawaran)
  3. KIV– permohonan akan disemak (sebab-sebab semakan akan dinyataka dalam surat yang dihantar kepada
    pemohon).

Selepas jawatankuasa kemasukan memutuskan status pemohon, surat tawaran akan dihantar kepada pemohon untuk diisi oleh calon dan dihantar semula kepada Jabatan Kemasukan Pelajar di Universiti.

Pelajar dikehendaki mendaftar subjek pelajar di dalam system, yang akan meminta pelajar untuk menyempurnakan pendaftaran subjek semester pertama.

Kami berharap bahawa semua pemohon dapat menggunakan garis panduan ini dan maklumat dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian dengan cara yang betul. Anda boleh memasuki halaman permohonan anda untuk menyemak status permohonan bagi mengetahui permohonan anda berada di peringkat mana samaada melalui peringkat – permohonan, kemasukan, atau pendaftaran.