Klik sini untuk pengumuman dalam Bahasa Inggeris
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi yang berdaftar di Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ianya juga mendapat taraf ‘Status Institusi MSC Malaysia’. MEDIU menawarkan beberapa kursus pengajian melalui kaedah pengajian secara jarak jauh (online) dan juga secara konvensional (on-campus).
MEDIU kini di dalam proses melebarkan sayap dan mencari calon-calon yang berkelayakan untuk memenuhi kekosongan jawatan kami. Di MEDIU, anda berpeluang untuk berkerja di dalam suasana komuniti pelbagai budaya di samping penggunaan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini.
MEDIU mempelawa individu yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik serta mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan Universiti, untuk mengisi kerjaya di Universiti Islam Maya pertama di dunia.
Untuk peluang kerjaya, sila layari maklumat lanjut di: E-Recruitment