fbpx

Keratan Akhbar-Pengajian asasi percuma kepada lepasan SPM (Sinar Harian 26/2/2018)

Pengajian asasi percuma kepada lepasan SPM

MEDIU buka peluang buat anak-anak tempatan lanjutkan pelajaran ke peringat  tertinggi

Selari dengan kehendak kerajaan untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat akses pendidikan, Al-Madinah International University (MEDIU) menawarkan program pengajian asasi percuma selama satu tahun kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengambilan April 2018.

MEDIU memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan anak-anak tempatan mendapat tempat untuk menyambung pengajian mereka, justeru kami mengambil keputusan untuk mengecualikan sepenuhnya yuran pengajian bagi Program Asasi Bahasa Arab dan Pengajian Sains Islam. Mereka yang ingin mengikuti program ini perlu melepasi syarat umum yang ditetapkan sekurang-kurangnya mendapat lima kredit dalam mana-mana subjek dan lulus subjek Bahasa Arab,” kata Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen pada siding media baru-baru ini.

Refer Artikel Berita: http://kampusuols.com/article/288/U-In-News/SEL-KL/Cepat!-Mediu-tawarkan-pengajian-asasi-percuma-kepada-lepasan-SPM