fbpx

Keratan Akhbar-MEDIU tawar bahasa Arab percuma buat lepasan SPM (Kosmo 6/3/2018)

MEDIU tawar bahasa Arab percuma buat lepasan SPM

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menawarkan pengajian asasi percuma dalam Bahasa Arab dan Pengajian Sains Islam kepada para pelajar lepasan SPM untuk pengambilan bulan April ini bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mempelajari bahasa tersebut.

Prof. Emeritus Dr Ismawi Zen; Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU berkata pengajian selama setahun ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar tempatan yang berminat untuk menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang pengajian di bawah Fakulti Sains Islam dan Fakulti Bahasa.