Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melangkah ke hadapan dalam melanjutkan jambatan kerjasama dan bergerak ke hadapan ke arah mencapai matlamat dan visi dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan MC Production Company, Mesir (Pemilik Saluran TV Mahabbah) yang berpangkalan di Mesir pada hari Jumaat, 16 Mac 2018.
Perjanjian dua tahun itu adalah dalam rangka pendidikan, teknologi, kursus teknikal dan latihan serta menyediakan khidmat penasihat atau timbal balik antara kedua belah pihak, di mana perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU; Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan disaksikan oleh Dekan, Fakulti Sains Islam; Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou.



