Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) mengambil bahagian di dalam Konvensyen Bahasa Arab 3.0 pada hari Sabtu, 7 April 2018. Program ini telah dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Di samping pihak MEDIU, dua buah institusi pengajian tinggi yang lain juga dijemput iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menyertai program ini. MEDIU telah diwakili oleh empat belas (14) pelajar Persatuan Pelajar Mahasiswa MEDIU (PERMAM), di mana dua orang pelajar telah membentangkan kertas kerja mengenai bahasa Arab.