fbpx

Keratan Majalah-(Keluarga Edisi Mei 2018) Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen bangunkan pendidikan berlandaskan Islam

Mengenali lebih dekat insan bernama Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen ini cukup istimewa. Di dalam dirinya penuh dengan semangat positif dan berkarisma tinggi hingga mampu menyuntik inspirasi buat sesiapa yang ingin terus berjaya.

Mantan Timbalan Rektor UIAM ini pernah dilantik oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menganggotai barisan arkitek dalam Panel Antarabangsa Pembesaran Masjidil Haram. Namun kini beliau diberi tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif  Al-Madinah International University (MEDIU), di mana beliau mahu bangunkan pendidikan berlandaskan Islam.

Beliau berkata, sistem pengurusan kampus (CMS) yang dibangunkan oleh pihak universiti sendiri yang memudahkan para pelajar dan pensyarah menggunakan akses tersebut bagi komunikasi secara langsung. Sistem ini juga memudahkan kerja-kerja pihak pengurusan universiti terutama yang membabitkan rekod kemasukan pelajar dan akademik, pengurusan jadual kursus yang ditawarkan serta pendaftaran kursus bagi setiap semester.

Menurut Prof. Dr. Ismawi lagi, kursus pengajian di universiti itu adalah berasaskan Sains Islam sepenuhnya selaras dengan tujuan penubuhannya untuk memartabatkan Islam sebagai asas pendidikan utama.

Biarpun sibuk dengan kerjaya, namun Pemegang Anugerah Khas Maal Hijrah peringkat Negeri Sarawak 2010 dan Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2011 ini tetap memastikan keluarga menjadi keutamaan dan hujung minggu diperuntukkan untuk bersama keluarga.