Kakitangan Al-Madinah International University (MEDIU) diberi peluang untuk untuk Majlis Berbuka Puasa bersama Atase Agama, Kedutaan Arab Saudi pada hari Selasa, 12 Jun 2018. Majlis tersebut yang diadakan di premis universiti itu merupakan program di bawah naugan Atase Agamad, Kedutaan Kerajaan Arab Saudi (KSA) Sheikh Abdul Rahman Al Harfi. Program ini merupakan sebahagian daripada rangka program bermusim yang ditawarkan oleh Kerajaan KSA di bawah pimpinan Penjaga Dua Masjid Suci, Yang Mulia Raja Salman Bin Abdul Aziz yang ditawarkan kepada pelbagai institusi pendidikan di Malaysia.
Majlis iftar dan solat terawih itu dipimpin oleh Yang Mulia Syeikh Dr. Hamdan Al-Shammari dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Hal Ehwal Akademik), Prof. Dr. Ab Rahim Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pembangunan & inovasi); Prof. Dr. Hj Wan Sulaiman Wan Yusoff, pihak pengurusan tertinggi universiti, para pensyarah dan kakitangan am universiti. Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan ucapan terima kasihnya serta memuji usaha dan sifat bermurah hati yang dilaksanakan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi ini adalah untuk mengeratkan hubungan sedia ada diantara kedua-dua pihak


































