fbpx

Lawatan oleh Charge D’Affaires dari Kedutaan Jordan di Malaysia, Dr. Maen Masadeh

Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini menerima lawatan delegasi yang dihormati oleh Kerajaan Hashemite di Jordan pada hari Jumaat, 3 Ogos 2018 bagi mengukuhkan hubungan di antara pihak kedutaan dan universiti. Lawatan tersebut diketuai oleh Charge D’Affaires dari Kedutaan Besar Jordan, Dr. Maen Masadeh dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Akademik & Antarabangsa, Prof. Dr. Ab Rahim Ismail; Prof. Emer. Dr. Takiah Binti Mohd Iskandar, Dekan Fakulti Kewangan dan Sains Pentadbiran; Asst. Prof. Dr. Mohammad Mahmoud Saleem Alzubi, pensyarah fakulti dan Puan Puteri Aina Megat Ameir Noordin, Ketua International School of Muamalat and Finance.

Semasa lawatan itu, Prof. Emeritus Dr Ismawi Zen menyerlahkan pencapaian baru-baru ini di universiti terutamanya dalam pengiktirafan program akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah 123 program akademik, di mana 81 program akademik telah menerima status akreditasi penuh. Ketua Pegawai Eksekutif menyatakan penghargaannya kepada pihak Kedutaan Hashemite Kingdom Jordan di atas lawatan mereka ke universiti serta menantikan kerjasama erat dengan pihak kedutaan kelak.