fbpx

Lawatan oleh Universiti Darussalam Gontor (UNIDA), Indonesia

Al-Madinah International University (MEDIU) menerima delegasi pelajar dan pensyarah dari Program Pengajaran Bahasa Arab, Fakulti Pendidikan Universitas Darussalam Gontor (UNIDA), Indonesia pada hari Jumat, 5 Oktober 2018. Rombongan delegasi tersebut diketuai oleh oleh pensyarah mereka iaitu Encik Luthfi Muhyiddin, MA dan Encik Aufa Alfian Musthofa, MA

Delegasi mahasiswi dan pensyarah UNIDA disambut oleh Dekan Fakulti Bahasa; Prof. Madya. Dr. Abdulwasiu Isiaq Nasirudeen bersama para pensyarah fakulti iaitu Prof. Madya Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed, Dr. Koussoube Issa dan Dr. Abduloh Usof. Program lawatan pendidikan membolehkan para pelajar mendapatkan lebih banyak maklumat tentang perkembangan universiti, program akademik yang ada serta mendapat pendedahan terhadap persekitaran pembelajaran bahasa Arab di universiti.

Dalam sesi pengenalan program, Dekan Fakulti Bahasa Dekan; Prof. Madya Dr. Abdulwasiu Isiaq Nasirudeen telah menyampaikan ucapan alu-aluannya di mana beliau menyatakan kegembiraannya terhadap kunjungan mahasiswi UNIDA tersebut. Manakala, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan MEDIU, Prof. Dr. Ab Rahim bin Ismail telah menyampaikan maklumat mengenai program akademik yang terdapat di univeriti, kaedah pembelajaran dan lain-lain. Para pelajar Fakulti Bahasa MEDIU juga turut membantu semasa lawatan dengan menjalani aktiviti pembelajaran bersama dengan delegasi pelajar. Sesi fotografi dan tanda penghargaan telah dibentangkan pada akhir program sebagai tanda kenangan.

Pautan berita: https://kampusuols.com/article/422902/Uni-Kita/AKTIVITI-KAMPUS/Lawatan-UNIDA-ke-MEDIU-luaskan-pemantapan-Bahasa-Arab