Al-Madinah International University (MEDIU) menerima kunjungan delegasi pelajar dari Madrasah Aliyah Negeri Insan Cendekia, Tapanuli Selatan, Indonesia (https://www.facebook.com/manictapanuliselatan/) pada hari Rabu, 28 November 2018. Delegasi lawatan pendidikan tersebut dipimpin oleh guru mereka Encik Syaiful Rahmat Panggabean dengan tujuan bagi membolehkan para pelajar mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pembangunan universiti, program akademik yang ada serta mendapat pendedahan terhadap persekitaran pembelajaran bahasa Arab di MEDIU.
Para pelajar disambut oleh wakil MEDIU iaitu Timbalan KE Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Penyelidikan dan Inovasi, Alumni; Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff, Pengarah Pusat Pengajian Islam al-Madinah; Prof. Madya Dr. Usman Jakfar, Fakulti Bahasa (FOL) MEDIU yang diketuai oleh Dekan, Asst. Prof. Dr. Abdulwasiu Isiaq Nasirudeen bersama-sama dengan barisan pensyarah fakulti antaranya Asst. Prof. Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed, Dr. Koussoube Issa dan Dr. Abduloh Usof serta Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega; Pengarah Pusat Pengajian & Bahasa Persediaan (CPSL). Para perwakilan MEDIU menyampaikan hal ehwal berkaitan program pengajian akademik di MEDIU serta metode pembelajaran bagi memberi sumber inspirasi bagi para pelajar yang hadir.









