fbpx

Keratan Akhbar – MEDIU bakal buka kampus di Sabah, Sarawak – Kosmo 21/12/2018 (Jumaat)

Al-Madinah International University (MEDIU) bercadang untuk membuka kampus cawangannya di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak bagi memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat di kedua-dua negeri itu menyambung pengajian mereka di universiti tersebut melalui kaedah kerjasama dengan rakan kongsi di negeri-negeri tersebut.

Ketua Eksekutif, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen berkata kini beliau menerima banyak permintaan daripada institusi pengajian tinggi dari luar negara untuk menjalin kerjasama dengan MEDIU bagi menjayakan program pengajian secara online.

Pautan: http://www.kosmo.com.my/niaga/mediu-bakal-buka-kampus-di-sabah-sarawak-1.808608