fbpx

Visi jadikan MEDIU sebagai universiti pilihan utama dunia.

Bangun pendidikan berlandaskan Islam – MEDIU komited mengantarabangsakan pengajian tinggi, Sinar Harian (Bisnes) 28/1/2019 (Isnin)

Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Ismawi Zen mempunyai pelbagai perancangan untuk meletakkan universiti swasta berteraskan Islam yang mulanya bertapak di Shah Alam sejak beberapa tahun yang lalu sebagai pilihan utama bukan sahaja di negara ini tetapi dari selruh dunia.

MEDIU yang kini beroperasi di Desa Petaling, Kuala Lumpur mempunyai pelajar dari hampir 100 buah negara menjadi wadah baharu menawarkan pengajian melalui pembelajaran secara konvensional dan secara maya dalam pelbagai pengajian.

Selain itu, MEDIU menjadi pilihan pelajar yang ingin menyambung pengajian bagi peringkat diploma, sarjana muda dan pra ijazah kerana yuran pengajian yang rendah berbanding institusi pengajian swasta yang lain.

Beliau berkata, MEDIU bertuah menjadi sebahagian dari agensi yang berperanan merealisasikan cita-cita kerajaan Malaysia ‘mengantarabangsakan’ pengajian tinggi selaras dengan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi di Malaysia.

Pautan: http://www.bisnessinar.com/ismawi-arkitek-terbaik-negara/