fbpx

Aktiviti Pelajar: Pembelajaran Perkhidmatan Masyarakat dengan Pelarian Rohingya di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwaniah, Puchong.

Bulan Ramadan, bulan istimewa yang penuh dengan kebaikan dan rahmatnya. Dengan itu, Centre of Preparatory Studies and Language (CPSL) Al-Madinah International University (MEDIU) mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kegembiraan dengan menganjurkan Program Khidmat Komuniti bersama anak-anak pelarian Rohingya pada hari Rabu, 29 Mei 2019 yang telah diadakan di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Ikhwaniah, Puchong Batu 12, Selangor di mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berlaku.

Seramai 40 orang mahasiswa mahasiswi MEDIU dari pelbagai fakulti terlibat di dalam aktiviti sukarela di bawah penyelaras Program Pembelajaran Perkhidmatan Komuniti, Puan Siti Nurbaini binti Ishak. Mereka memudahkan pelbagai aktiviti menurut kumpulan umur pelarian Rohinya, seperti mengadakan ceramah motivasi diri, mewarna poster Hari Raya, aktiviti ‘team building’ dan akhirnya pemberian sumbangan ‘Duit Raya’ diberikan. Para pelajar berjaya mengumpul makanan dan dana bagi maahad tahfiz tersevbut dan sumbangan diserahkan kepada pengasas dan pengetua Maahad, Ustaz Sayed Mohammad.

Projek ini diharapkan dapat menggalakkan pelajar-pelajar kita kembali kepada komuniti serta meningkatkan kesedaran tentang isu-isu yang mempengaruhi pelarian, memberi bantuan kepada pelarian yang kurang berkemampuan serta memberi harapan positif kepada mereka.