fbpx

Lawatan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima lawatan dari Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada hari Khamis, 4 Julai 2019 dalam rangka lawatan penanda aras berkaitan ODL untuk melihat pembelajaran jarak jauh (ODL) yang diamalkan oleh pihak MEDIU serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua universiti.

Perwakilan UTM diketuai oleh Prof. Dr. Nazri bin Ali, Pengerusi Bersekutu Program Luar Pesisir & Khas; Dr.Norah binti Md Noor, Pengerusi Bersekutu Pembangunan Sistem & Profesional; Prof. Madya. Dr. Ts Siti Sophiayati binti Yuhaniz, Pengurus Akademik (Sekolah Siswazah Kuala Lumpur) dan lain-lain. Para perwakilan disambut oleh wakil MEDIU iaitu Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen; Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Ab Rahim Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan, Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir; Ketua Pegawai Teknologi dan Asst. Prof. Dr. Tayeb Mebrouki; Pengarah Pusat Pengajian Siswazah

Antara perkara yang dibincangkan antara kedua-dua universiti adalah di dalam aspek persekitaran pembelajaran jarak jauh (ODL), rangka kerja untuk penyampaian program akademik secara dalam talian. Wakil-wakil universiti juga membincangkan kemungkinan bidang kerjasama dalam hal-hal pembangunan akademik yang lain.