fbpx

Program Qurban Eidul Adha dan Bantuan Kemanusiaan 1440H di Benua Afrika

Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini menganjurkan Majlis Qurban di Benua Afrika dari 7-17 Ogos 2019. Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat universiti berhubung dengan program komuniti untuk mengukuhkan hubungan dengan komuniti Islam di seluruh dunia serta menegakkan semangat ukhwwah di kalangan umat Islam dengan semangat Eidul Adha. Program tahunan ini merupakan anjuran program Aktiviti Kemasyarakatan MEDIU MEDIU Community Service Program) yang diketuai oleh Ust.Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Umum serta kerjasama bersama Badan Kebajikan Kakitangan Islam, Suruhanjaya Sekuriti (BAKTI).

Program ini telah berjaya dilaksanakan di hampir 14 negara berasingan di benua Afrika antarnya Chad, Nigeria, Burundi, Rwanda, Kenya, Cozx’s Bazar Bangladesh, Burkina Faso, Uzbekistan, Yemen, Ivory Coast, Tanzania, Somalia, Ethiopia dan Congo yang meliputi kampung-kampung di beberapa wilayah yang melibatkan pusat pendidikan Islam, Institusi Al-Quran Tahfiz, penempatan pelarian dari negara jiran, kesejahteraan dan kem pelarian, rumah anak yatim dan lain-lain.

Program ini mempunyai kerjasama penuh dari pihak berkuasa tempatan Majlis Hal Ehwal Islam dan Jabatan Veterinar dari negara-begara yang yang merangkumi hampir 1,556 ekor lembu dan 183 ekor kambing di mana misi ibadat qurban telah dikhaskan sepenuhnya untuk program bantuan kemanusiaan.