fbpx

Lawatan Pendidikan oleh Sekolah Asrama Islam Zam Zam Muhammadiyah, Jawa Tengah, Indonesia

Al-Madinah International University (MEDIU) menerima delegasi pelajar dari Sekolah Asrama Islam Zam Zam Muhammadiyah, Jawa Tengah, Indonesia (https://www.ponpeszamzam.com/) pada hari Rabu, 23 Oktober 2019. Delegasi pelajar adalah seperti yang dipimpin oleh kaunselor sekolah mereka, Encik Muhammad Iqbal dengan objektif perjalanan pendidikan itu membolehkan para pelajar mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pembangunan universiti, program akademik yang ada serta mendapat pendedahan terhadap persekitaran pembelajaran bahasa Arab di universiti.

Program ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Khairulzaim Bin Arifin dari Fakulti Bahasa MEDIU dengan kehadiran para perwakilan universiti iaitu Pemangku Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff; Dekan Fakulti Bahasa, Prof. Prof. Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed; Timbalan Dekan Fakulti Sains Islam, Asst. Prof. Dr. Bey Zekkoub Abdelali; Pengarah Pusat Pengajian & Bahasa Persediaan (CPSL), Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega bersama pensyarah akademik universiti iaitu Asst. Prof. Dr. Koussoube Issa, Asst. Prof. Dr. Abduloh Usof, Asst. Prof. Dr.Sami Samir Abdelfattah Abdelkawi.

Para penyarah fakulti pengajian telah menyampaikan maklumat kepada delegasi pelajar mengenai program akademik MEDIU, kaedah pembelajaran dan lain-lain untuk memberi sumber inspirasi kepada para pelajar. Para mahasiswa mahasiwi dari Kelab Bahasa Arab MEDIU diberi peluang untuk mengadakan sesi aktiviti bersama mereka serta memberi pandangan dan perspektif mengenai pengalaman pembelajaran di universiti semasa sesi perkongsian dengan delegasi.