
1,285 graduan Mediu dirai, Sinar Harian (Nasional) 16/11/2019 (Sabtu)
Majlis Konvokesyen Al-Madinah International University (MEDIU) kali ke-3 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) telah menyaksikan 1,285 graduan menerima sijil masing-masing mengikut peringkat pengajian dari peringkat ijazah kedoktoran (PhD), ijazah sarjana muda dan diploma kepada para graduan daripada enam fakulti pengajian yang disempurnakan oleh Pengerusi Ahli Majlis MEDIU, Putera Dr Bandar Salman Muhammad Al-Saud.
Pada majlis itu juga, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia; Mahmoud Hussien Saeed Qattan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat atas sumbangan besar beliau bagi hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi termasuk Mediu bersama Kementerian Pendidikan Tinggi Arab Saudi.
Sementara itu, penceramah dan personaliti televisyen, Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang menamatkan oengajian Ijazah Kedoktoran Tafsir dan Ulum Al-Quran menerima Anugerah Pengerusi MEDIU.
Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/57493/BERITA/Nasional/1285-graduan-Mediu-dirai