fbpx

Perjumpaan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institusi Pendidikan Swasta dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

[slideshow id=168]

Universiti Antarabangsa Al-Madinah ( MEDIU ) telah mengambil bahagian dalam Sesi Perjumpaan Pertama dengan semua CEO Institusi Pendidikan Swasta pada Isnin September 2, 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC). Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato’Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd.Yassin; Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran serta Prof. Dr. Morshidi Sirat ; Ketua Pendaftar Jabatan Pendidikan Tinggi Swasta Malaysia.

MEDIU telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif; Prof Dr Mohammad Khalifa Al- Tamimi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik , Profesor Madya Dr Hj. Wan Mat Hj Sulaiman bersama-sama dengan Mr.Fuad Ahmad Umar Al’As ; Pengurus Bahagian Hal Ehwal Pentadbiran.

Acara ini diadakan bagi mengumumkan penggabungan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan dan menjalinkan hubungan serta meningkatkan semangat kerjasama di kalangan institusi pendidikan sektor swasta. Tindakan kerajaan dalam menggabungkan kementerian yang terlibat adalah selaras dengan objektif untuk memastikan kesinambungan dasar pendidikan di negara ini. Selain itu, ini adalah bagi memastikan usaha yang dilaksanakan mencapai tahap pendidikan antarabangsa di samping memberikan peluang kepada pihak kerajaan untuk berkumpul dan bertukar idea dengan pihak institusi swasta bagi membangunkan sektor pendidikan swasta.

YAB Tan Sri Dato’Haji Muhyiddin menyatakan dalam ucapannya bahawa kerajaan kini dalam proses merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Kedua-dua inisiatif ini adalah bertujuan untuk memastikan rantaian nilai pendidikan adalah lancar , iaitu daripada pendidikan rendah dengan pendidikan tinggi. Antara aspirasi kementerian ini adalah untuk memastikan sistem pendidikan bersedia untuk melonjakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 melalui pembangunan modal insan yang berkualiti seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia. Pelajar perlu memiliki ciri-ciri seperti pemikiran kritis , ilmu pengetahuan yang tinggi, kemahiran dalam kepimpinan, kemahiran komunisasi bahasa yang luas (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ), nilai-nilai etika , kerohanian dan nilai-nilai kebangsaan juga. Beliau juga percaya bahawa ini harus menjadi fokus sektor pendidikan tinggi di samping membantu dalam membekalkan tenaga kerja yang berkualiti untuk pasaran kerja dan industri.

Di samping itu, beliau turut menekankan tentang kepentingan penanda aras peringkat antarabangsa yang boleh dimanfaatkan oleh sektor pendidikan swasta . Institusi swasta turut mendapat kebaikan dan manfaat hasil daripada usahasama dengan Kementerian bagi meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa, mendapatkan kakitangan akademik dari luar negara serta meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan di peringkat antarabangsa.