[slideshow id=169]
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengambil inisiatif mendekati para pelajar dengan mengadakan sebuah program ceramah pada 8 september 2013, Ahad yang lalu. Program ceramah yang bertajuk ‘Ilmu Islam’ itu telah dianjurkan oleh Bahagian Aktiviti dan Kaunseling Pelajar yang bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dan undang-undang Islam. Sesi ceramah telah disampaikan oleh wakil pendakwa; Abdul Aziz bin Suleiman Muhanna dan Shafaq Abdullah Al-Shammari yang dijemput khas dari Pertubuhan Liga Dunia Islam.
Antara perkara yang disampaikan adalah kepentingan dalam memperkenalkan dan menyebarkan Agama Islam kepada orang bukan Islam disamping turut memberikan sedikit panduan dalam menyampaikan maklumat dengan jelas dan betul mengenai Islam. Selain itu, program ini juga diharap dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran komunikasi para pelajar untuk mendekati masyarakat.
Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Encik Ahmad Fazrin Yahaya, 32 orang MEDIU, dan 4 orang pelajar dari institusi luar.