Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melanjutkan tarikh akhir pendaftaran untuk pelajar-pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar di Mesir sehingga isnin 30 September, 2013 dari jam 9 pagi 5 petang.
Sebelum ini, MEDIU telah menjalankan proses pendaftaran dari 18-20 September bagi pelajar Malaysia-Mesir yang telah dipindahkan dari Mesir ekorang daripada konflik di negara Timur Tengah itu untuk mengikuti pengajian di MEDIU.
Pelajar Malaysia-Mesir dikehendaki untuk membawa semua dokumen yang berkaitan dengan kursus pengajian mereka di Al-Azhar untuk memudahkan proses pendaftaran dan proses pemindahan kredit. Bagi mereka yang mendaftar selepas 30 Sept, pengajian di MEDIU hanya akan bermula pada pembukaan semester berikutnya.