
MEDIU tawar 500 tempat untuk lepasan STAM, STPM (Nasional) 19/2/2020 (Rabu)
Al-Madinah International University (MEDIU) menawarkan sebanyak 500 tempat kpada pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk pengambilan peringkat Sarjana Muda pada sesi Februari pada tahun ini.
Ketua Eksekutif (KE) MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman berkata lepasan STAM dan STPM yang berminat boleh hadir ke lokasi dinyatakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang bagi urusan pendaftaran. “Suasana pembelajaran bagi pengajian Islam dan Bahasa Arab adalah kondusif di MEDIU kerana ramai pensyarah dan tenaga pengajar dari negara Arab.”, kata beliau.
- 22 Februari 2020 – Masjid Al-Karamah Baung Besar, Panji, Kota Bharu, Kelantan
- 27-29 Februari 2020 – MEDIU, Desa Petaling