fbpx

Kunjungan ke Kedutaan Besar Bahrain

Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kedutaan Besar Bahrain, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 11 Mac 2020.

Kunjungan dari MEDIU disambut mesra oleh YBhg Cik Maram Anwar Jaafar Al-Saleh, Pemangku Duta Bahrain dan pegawai-pegawai di Kedutaan Besar Bahrain di pejabatnya. Beliau melahirkan penghargaan terhadap kunjungan tersebut bagi mengukuhkan hubungan di antara pihak kedutaan dan universiti. Turut bersama mengiringi Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU) ialah Ketua Perhubungan Antarabangsa MEDIU, Encik Ahmad Fallatah.