fbpx

Kunjungan ke Pejabat Kedutaan Arab Saudi, Malaysia

Al-Madinah International University (MEDIU) mengadakan lawatan rasmi ke Pejabat Duta, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia pada hari Selasa, 28 Julai 2020. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Pemangku Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Encik Ahmad Fallatah, Ketua Perhubungan Antarabangsa.

Delegasi MEDIU disambut oleh Tuan Mahmoud Hussein Saeed Qattan, Duta Kerajaan Arab Saudi di pejabatnya dan para delegasi MEDIU menyatakan penghargaan mereka atas lawatan itu untuk memperkukuhkan hubungan antara kedutaan dan universiti.