Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini mengadakan Majlis Pelancaran ‘MEDIU Alumni Club’ pada hari Selasa, 8 September 2020. Majlis tersebut dirasmikan oleh Ustaz Nushi bin Mahfodz, Pegawai Khas YB Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disaksikan oleh Ketua Eksekutif(KE) MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman di saksikan oleh Pihak Pengurusan Tertinggi MEDIU iaitu Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou, Pemangku Timbalan KE Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Prof. Madya Dr. Tayeb Mebrouki, Pemangku Timbalan KE Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Prof. Madya Dr. Omar bin Mohammed Din, Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Encik Fuad Ahmad bin Umar Al As, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan.
Antara wakil-wakil dari badan swasta dan kerajaan yang turut hadir pada majlis tersebut, antaranya adalah Profesor Salah Al-Rashidi, wakil Kedutaan Diraja Arab Saudi di Kuala Lumpur; Tuan Haji Farush Khan bin Akbar Khan, Perunding Eksekutif Media Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM); Puan Harzlina Mohd Sahar, Pegawai Khas Presiden MAPIM; Encik Mohammad Saeed Zakaria, Pegawai Hal Ehwal Antarabangsa MAPIM; Dato Hj Sr. Rosli Atan, Pengasas Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM); Encik Mohamed Zambri Mohamed Isa-Pengurus Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM); Tuan Hj. Istilah Johar dari Jabatan Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Encik Aiman Sufyan bin Aezman dari Pertubuhan Kebajikan Atta’awun Selangor.
Ketua Eksekutif MEDIU dalam ucapan perasmiannya menyatakan mengenai matlamat Kelab Alumni antara lain untuk mengeratkan hubungan universiti dengan ahli alumni, menyediakan program yang berguna untuk pelajar dan masyarakat universiti, seperti budaya, perkhidmatan pendidikan dan juga untuk mengembangkan kemampuan graduan. dan bakat dalam memberi kembali kepada masyarakat dan inisiatif untuk memainkan peranan untuk mendidik masyarakat.