fbpx

Program Asasi Percuma untuk Pelajar Malaysia

Nama Program: Program Asasi Pengajian Islam dan Bahasa Arab

Program asasi ini dirancang untuk memberi pelajar asas yang baik untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam.

Kelayakan untuk memohon Program Asasi:

  • Warganegara Malaysia
  • Lepasan SPM dengan 5 kredit mata pelajaran

Kelebihan Program Asasi:

  • Program bertauliah oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Laluan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di MEDIU.
  • Gerbang Pembelajaran Yang Bermakna.

 Soalan Lazim

  1. Siapa yang boleh memohon program ini?

Semua rakyat Malaysia yang memiliki sijil (SPM).

  1. Bilakah tarikh akhir program percuma ini?

Permohonan ini dibuka sepanjang tahun, anda boleh memohon semasa pengambilan semester baru.

  1. Adakah saya perlu membayar sebarang yuran untuk program ini?

Pelajar yang diterima hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 500.

  1. Adakah tempat penginapan disediakan?

Tiada, para pelajar harus membayar atau menanggung kos bagi penginapan.

Untuk permohonan penginapan, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan & Aktiviti Pelajar menerusi emel student.activities@mediu.edu.my

  1. Apakah syarat untuk layak mengikuti program percuma ini?

Syarat-syaratnya adalah seperti di bawah:

  • Pelajar harus lulus peperiksaan akhir Program Asasi yang akan melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di MEDIU.
  • Pelajar wajib melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di MEDIU, dengan syarat pelajar menanggung yuran pengajian  Sarjana Muda sepenuhnya  (sama ada pelajar tajaan kerajaan, tajaan sendiri atau mendapatkan pinjaman pelajaran dari PTPTN atau MARA).
  1. Bagaimana jika saya gagal dalam peperiksaan akhir untuk Program Asasi?

Sekiranya pelajar gagal di dalam peperiksaan akhir Program Asasi, maka pelajar itu tidak akan dapat melanjutkan pelajaran di MEDIU, dan wajib membayar semula yuran pengajian Program Asasi sepenuhnya.

  1. Bagaimana jika saya memutuskan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda di MEDIU setelah tamat Program Asasi?

Sekiranya pelajar memutuskan untuk tidak meneruskan program Sarjana Muda di MEDIU, pelajar itu wajib membayar semula yuran pengajian Program Asasi sepenuhnya.

Untuk pertanyaan lanjut,  sila hubungi kami melalui:

Klik pautan di bawah untuk memohon:

https://online.mediu.edu.my/applicantportal/FoundationApplicationForm/FoundationApplication