Al-Madinah International University (MEDIU) dengan berbesar hati telah menerima sumbangan kurma dari Kerajaan Arab Saudi yang telah disampaikan oleh Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, YBhg. Sheikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Robaian pada hari Khamis, 22 April 2021.
“Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan kurma ini. Moga Allah melimpahkan ganjaran pahala kepada pihak Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur dan Kerajaan Arab Saudi (KSA)” جزاكم الله خيرا
Penyerahan sumbangan telah diadakan di Pejabat Ketua Eksekutif MEDIU disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Tayeb Mabrouki, Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik) dan Ustaz Ahmad Fazrin bin Yahaya, Pegawai Penyelidik di Pejabat Atase Agama Arab Saudi.
