fbpx

Memorandum Persefahaman MEDIU-Yayasan Sahabat Muadz, Indonesia

 

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, dengan institusi antarabangsa. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Yayasan Sahabat Muadz; sebuah yayasan yang terlibat dalam pendidikan, dakwah dan aktiviti sosial pada hari Jumaat, 17 September 2021.

Sesi ini diadakan secara dalam talian disaksikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Penasihat Undang-Undang, Tuan Syed Hashim Bin Ahmad Al-Qudsi. Manakala Yayasan Sahabat Muadz diwakili oleh Ketua Yayasan, Zezen Zaenal Mursalin, Lc. Perjanjian ini merangkumi kolaborasi dan mengambil bahagian dalam program pengajaran dan latihan dan untuk mempromosikan pertukaran maklumat dan bahan latihan yang saling menarik antara kedua-dua pihak.

Sesi memorandum dari laman Yayasan Sahabat Muadz: