fbpx

Memorandum Persefahaman MEDIU-Pan African International University, Somalia

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, dengan institusi Pendidikan antarabangsa. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Pan African International University (https://paiu.so/) yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Somalia pada hari Jumaat, 29 Oktober 2021.

Sesi ini diadakan secara dalam talian disaksikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU, Prof. Madya Dr. Fadlan bin Mohd Othman dan Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik) dan dan Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou. Manakala Pan African International University (PAIU) diwakili oleh Profesor Isahak Ahmed Musse, Canselor dengan disaksikan oleh Timbalan Canselor, Profesor Warsame Shiek Abdi. Perjanjian tersebut adalah untuk berkolaborasi dalam bidang pendidikan, kajian ilmiah dan penerbitan jurnal diantara kedua-dua universiti.

Pautan berita: https://malaysiagazette.com/2021/10/30/mediu-jalin-kerjasama-dengan-ipt-somalia/