[slideshow id=163]
Pada kali ini, Al-Madinah International University (MEDIU) telah meneruskan Program Ihya’ Ramadhan 1434 Hijrah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Antara rrogram Ihya’ Ramadhan yang telah diadakan di sekolah adalah seperti majlis berbuka puasa, solat Isya’, Tarawih dan witir secara berjamaah yang telah diimamkan oleh Dr. Mahdi Abdul Aziz, Dekan Fakulti Pengajian Islam, MEDIU. Lebih 800 orang pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta penduduk setempat telah turut serta hadir bagi menjayakan program yang telah diadakan di surau SBP Intergrasi Gombak ini. Turut bersama ialah Penolong Kanan, guru pendidikan Islam dan guru Kaunseling SBP Intergrasi Gombak.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggabungkan aliran Sains dan Agama iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sekolah ini juga telah menempatkan murid-murid yang terpilih dari seluruh Negara.
Pada awalnya Dr Mahdi dan rombongan daripada Jabatan Perhubungan Awam MEDIU telah diraikan dengan majlis berbuka puasa di surau Kuarters Institusi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Malaysia bersama lebih 100 orang penghuni serta mengimamkan solat maghrib.
Program Ihya’ Ramadhan MEDIU adalah anjuran Jabatan Perhubungan Awam MEDIU bersama masyarakat tempatan bagi menghidupkan bulan Ramadhan dan Sunnah Rasulullahi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Menurut Tuan Haji Mohd Rezazali bin Ahmad Ansar, Penolong Kanan SBP Intergrasi Gombak, program ini adalah paling istimewa kerana memberikan satu kelainan kepada warga di sini dalam usaha mengejar penarafan tertinggi dan ganjaran daripada Allah S.W.T disepanjang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan. “Program ini adalah sesuatu yang cukup bermakna kepada kami dan menambahkan semangat untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Kami amat mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan”, ujar Penolong Kanan SBP Intergrasi Gombak .