Dalam rangka jalinan hubungan berterusan diantara Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dengan Ulama’ bertaraf antarabangsa, pihak MEDIU telah mengalu-alukan Kunjungan Syeikh Mustafa Deib Al Bagha Ke MEDIU pada sambutan hari Malaysia peringkat kampus pada 16 September 2015. Telah menyambut ketibaan beliau ialah perwakilan tertinggi universiti dan para pensyarah di MEDIU termasuklah Dr. Ahmad Usman Pensyarah untuk Program Asasi, Prof. Madya Dr. Elsiddeg Ahmed Elgezoly Pensyarah di Fakulti Bahasa, Dr. Elsayed Mohamed Salem Pensyarah di Fakulti Bahasa, Prof. Dr. Sadun Naser Yassin Alheety, Pensyarah di Fakulti Kewangan dan Pengurusan Perniagaan dan Encik Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam.
Syeikh Mustafa Deib al Bagha menyatakan kegembiraan beliau di atas jemputan ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pentadiran universiti .
Seterusnya Syeikh Mustafa Deib al Bagha telah diberi penghormatan bagi menyampaikan wacana berkaitan dengan sebuah kitab dalam ilmu Usul Feqh yang bertajuk Matan Al-Waraqat yang dikarang oleh Imam Haramain al Juwaini. Program yang telah dipengerusikan oleh Dr Ahmad Usman itu telah disertai oleh Lebih 250 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan siswa MEDIU, warga pendidik dan masyarakat setempat. Program wacana ilmu yang amat bermakna ini telah berlangsung bermula dari jam 10 00 pagi dan berakhir sehingga jam 4 15 petang.
Syeikh Mustafa Deib al Bagha yang merupakan warga Syria ini adalah graduan Univiersiti Al-Azhar, Mesir dalam Bidang Feqh dan Usul Feqh. Beliau telah menghasilkan beberapa kitab yang telah menjadikan rujukan ummat Islam masa kini, diantaranya ialah Kitab Fiqh Minhaji dan KItab Al-Wafi Syarah Arba’in An-Nawawi.