fbpx

Lawatan Penilaian Akreditasi oleh Jabatan Akreditasi Kejuruteraan

 

Lawatan Penilaian Akeditasi oleh panel penilai dari Jabatan Akreditasi Kejuruteraan, Lembaga Jurutera Malaysia ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU). Lawatan telah berlangsung pada 5/10/2015 ini merupakan agenda bagi memantapkan program akademik dalam pembangunan sektor pendidikan tinggi negara dengan tujuan bagi mewujudkan sistem dan modul yang lebih berkualiti menepati hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua.

Delegasi Panel Penilai adalah terdiri daripada Ir. Prof. Dato’ Dr.Hassan Basri dan Ir. Prof. Dr. .Zainal Abidin Ahmad. Lawatan Penilaian pada kali ini tertumpu bagi kurus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam ( Bachelor of Civil Engineering (Hons) ) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ( Bachelor of Engineering (Hons) ).

Ir. Prof Dr. Wan Mahmood Wan Ab Majid, Dekan Fakulti Kejuruteraan telah memulakan majlis dengan ucapan aluan dan seterusnya penerangan secara ringkas tentang MEDIU. Turut bersama meraikan delegasi Panel Penilai ialah Timbalan Dekan, En. Mohamed Abdulrahman Alsamet, Prof. Madya Dr. Cader Mohideen Mohamed Aboobucker Pensyarah di Jabatan Kejureteraan Awam, Mr. Muzaphar Noman Abdulrahman Pensyarah di Jabatan Kejureteraan Elektrik dan Elektronik. Beberapa orang Pensyarah lagi di Fakulti Kejuruteraan juga turut mewakli MEDIU iaitu Prof. Madya Dr. Hilmi bin Othman, En. Mohammad Noor Bin Abu Hassan, Ir. Prof. Madya Dr.Sabri Bin H. Yusof, Prof. Madya Dr. Aminuddin Bin Mohd Baki, Ir. Prof. Madya Muhammad Yusoff Bin Ibrahim, Dr. Naeem Mohamed Hannoon, Ir. Fayez Said Fayez Haj Hamdan, Ir. Ahmed Hasan Hamood Al-Masoodi dan Ir.Nohaidda Binti Sariff.