fbpx

Misi Kemanusian MEDIU Untuk Muhajirin Rohingya

[Best_Wordpress_Gallery id=”39″ gal_title=”rohingya.imigresen”]

 

Ketika seluruh Umat Islam sedang bergembira kerana menyambut ketibaan ‘Idulfitri bersama keluarga dan sanak saudara di kampung halaman dan tanah air tercinta. Agak kelainan dengan nasib umat Islam rohingya, mereka terpaksa meninggalkan bumi sendiri demi mencari perlindungan untuk meneruskan kehidupan. Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengambil inisiatif dengan membantu meringankan beban dan penderitaan yang ditanggung oleh Muhajirin Rohingya yang telah menjadi mangsa kezaliman ekstrimis penghapusan etnik dan Junta Tentera Myanmar. Mereka menjadi pelarian dari bumi sendiri, Mereka harungi kehidupan dengan penuh kepayahan dan penderitaan. MEDIU telah melaksanakan misi kemanusian dengan menghantar barang-barang keperluan kepada Muhajirin Rohingya yang sedang berada di beberapa kem perlindungan di Semenanjung Malaysia.

Pada 24 Julai baru-baru ini, delegasi bantuan kemanusian MEDIU yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ismail Bin Mat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU telah menyerahkan bantuan tersebut kepada Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diwakili oleh Dato’ Mustafa bin Hj Ibrahim, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia dengan diiringi beberapa orang pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia . Penyerahan tersebut telah berlangsung di perkarangan Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya.

Sekretariat Misi Kemanusian MEDIU untuk Muhajirin Rohingya ini adalah di bawah pengendalian Bahagain Hal Ehwal Pelajar yang turut serta dipimpin oleh Asst. Prof. Dr. Bakare Kazeem Kayode dan Puan Bibi Asma’ Binti Sher Mohamad. Telah Menganggotai sekretariat ini ialah Asst. Prof. Dr. Ali Al Sayed Hassan Al-Halawani , En. Muhammad Uwais As-Sadiq Bin Abdul Rahim, En. Jamaluddin Hussain, Saudari Ejalonibu Sekinat Folake, Saudari Najimudeen Ashiat Abiola dan Saudari Osuolake Khadijah Asake.

Misi Kemanusian MEDIU untuk Muhajiri Rohingya adalah satu program murni yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar MEDIU dengan hasrat untuk membantu Muhajirin Rohingya. Pelancaran untuk misi kemanusian ini telah bermula pada 19.06.2015. Bantuan yang diserahkan adalah terdiri dari pakaian harian , pakaian solat, selimut, bantal, alas tempat tidur, makanan kering, makanan dalam tin, kelengkapan peribadi, al quran dan alat tulis yang merupakan hasil keperihatinan warga MEDIU dan masyarakat setempat.

Idea program ini telah diilhamkan melalui moto asal MEDIU iaitu ‘Gerbang Kepada Pembelajaran Tanpa Sempadan ‘ yang membawa maksud bahawa kami akan mempelopori agenda untuk membantu seluruh umat manusia khususnya umat Islam bagi mewujud dan mengutuhkan persaudaraan dalam dunia tanpa sempadan.