fbpx

Kem Inspirasi Bersama Pelajar Sekolah

[Best_Wordpress_Gallery id=”37″ gal_title=”SERATI TgRambutan”]

Sempena ketibaan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, telah berlangsung Program Modal Insan Kem Bistari bersama pelajar-pelajar Sekolah Rendah Agama Tarbiyyah Islamiyyah (SERATI),Taman Desa Jaya, Tanjung Rambutan, Perak Darul Ridzuan. Program yang berlangsung pada 4 dan 5 Julai 2015 ini telah dikendalikan oleh Siswa dan Siswi bagi Program Asasi Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU). Program selama dua hari ini turut disertai oleh Dekan Fakulti Bahasa, Prof. Madya. Dr. Daud Elega dan Pengetua SERATI Taman Desa Jaya. Pengisian yang dilaksanakan ialah pemantapan dalam pembelajaran, pembentukan syaksiyyah dan hubungan bersama pencipta dan masyarakat sekeliling. Disamping itu kem ini juga telah memperkenalkan kaedah membina inspirasi dan mewujudkan kekuatan peribadi dan berpasukan. Para peserta juga turut diperkenalkan dengan peribadi contoh baginda nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat sebagai panduan untuk kehidupan yang cemerlang ketika di dunia dan akhirat. Menjadi tarikan dalam kem inspirasi dari siswa dan siswi MEDIU ini kerana para peserta turut mempelajari cara beribadah di dalam Islam dan menimba ilmu Bahasa arab secara praktikal.

Menurut kenyataan Pengarah Program, Saudara Danial Wan Omar bahawa Kem Inspirasi ini merupakan salah satu program bersama masyarakat yang menjadi kewajipan kepada mahasiswa universiti bersama generasi pelapis dalam menerajui kepimpinan masyarakat dan Negara.

Dekan Fakulti Bahasa, Prof Madya Dr. Daud Elegha juga turut menegaskan bahawa objektik utama kem inspirasi ini ialah untuk meningkat kefahaman berkaitan agama Islam dan Bahasa Arab serta membudayakannya di kalangan masyarakat. “tahap pelajar-pelajar sekolah merupakan peringkat yang paling penting untuk menerapkan nilai-nilai Islam, adab dalam perhubungan dan usaha untuk membudayakannya serta kemahiran di dalam penggunaan Bahasa Al-Quran. Dengan sebab itu sasaran untuk program pada kali ini ialah di kalangan pelajar sekolah”. Ujar Prof Madya Dr. Daud.