Majlis Penutup Minggu Orientasi Siswa Baharu Untuk Pengambilan September 2015 Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah diadakan pada 28.09.2015. Perasmian untuk majlis ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Universiti Antarabangsa Al-Madinah. Beliau juga turut memberi ucapan yang berunsur kata-kata nasihat dan inspirasi kepada peserta yang terdiri daripada siswa tempatan dan antarabangsa. Turut hadir ialah Prof. Madya Dr Hj. Wan Mat Bin Hj. Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik), Prof Madya Dr. Ab Rahim Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penyelidikan dan Pembangunan) dan Prof Madya Dr.Ismail Bin Mat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar. lebih 250 orang siswa baharu telah menyertai MEDIU pada pengambilan September 2015 untuk mengikuti pengajian secara konvensional (on-campus) di kampus Shah Alam bagi kursus di peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah. MEDIU telah menyediakn peluang kepada lepasan SPM, STPM, STAM dan lepasan Diploma dan Ijazah untuk menyambung pengajian mereka dalam Fakluti Pengajian Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Kewangan dan Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Kejuruteraan.
Penganjuran minggu orientasi ini telah diterajui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Jabatan Perhubungan Awam, Perkhidmatan Korporat, Bahagian Akademik dan dibantu Majlis Perwakilan Mahasiswa yang merupakan persatuan induk untuk keseluruhan pelajar di MEDIU. Minggu orientasi yang telah diadakan ini telah memainkan peranan yang amat penting serta memberi impak yang besar dalam memberi tunjuk tentang kaedah dan jalan yang tepat untuk dijadikan panduan dan diteladani oleh siswa baharu dalam mengharungi dunia pembelajaran di peringkat menara gading. Diantaranya ialah aktiviti pengenalan kepada polisi, undang-undang dan peraturan universiti yang bertindak sebagi petunjuk arah untuk siswa baharu berkaitan misi dan visi universiti. Beberapa aktiviti lain juga telah diadakan bagi membantu siswa baharu untuk memupuk ‘ukhuwwah’ sesama sendiri serta mampu mengolah dan mengutarakan pendapat dan cadangan secara bijaksana untuk direalisaaikan didalam budaya sesama siswa, suasana dipersekitaran dan ketika berada bersama masyarakat.
Himpunan terakhir pada Minggu Orientasi ini adalah tidak termasuk pelajar yang mengikuti pengajian secara E-Pembelajaran (online) kerena mereka mengikuti orientasi yang telah diadakan khas secara dalam talian.