Naib Canselor Universiti Islam Maldives Y.Bhg. Tuan Ali Rasheed telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi pada 16.10.2015. Delegasi dari Universiti Islam Maldives ini juga telah disertai oleh Dekan Fakulti Pendidikan Dr. Rish dan diiringi oleh wakil dari Kedutaan Maldives di Kuala Lumpur En. Hassan Khalid.
Ketibaan Tuan Ali Rasheed ke MEDIU telah disambut oleh Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan diiringi Pegawai teknikal di Jabatan Teknologi Maklumat iaitu Dr. Mamoun Mohamad , En. Zainun Azhan, En. Ahmad Salah Mahmoud Al – Ahmad dan beberapa orang pegawai di Jabatan Perhubungan Awam iaitu En. Ahmad Fallatah, En Jamaluddin Hussain, Puan Nurul Hazuieen Abd Hakim dan En Toury Mahey.
Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU amat mengalu-alukan kehadiran beliau dan menyatakan rasa gembiranya di atas kunjungan tersebut. Duta Besar Somalia itu telah diberi penerangan berkenaan sistem pengajian yang diguna pakai di MEDIU yang lebih praktis dengan kepantasan dan kelajuan teknologi terkini yang memberi kemudahan kepada pelajar di seluruh dunia.
Sebelum itu Ketua Pegawai Eksekuti MEDIU, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi menyatakan bahawa pemilihan Malaysia sebagai Kampus Utama MEDIU ialah kerana Malaysia memiliki kemajuan dan keupayaan yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat , memiliki pembangunan yang bersifat tranformasi kearah memacu ekonomi negara dan kestabilan politik yang telah dicapai sekian lama.
Kunjungan Delegasi dari Universiti Islam Maldives ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada kali ini ialah bagi mengukuhkan hubungan yang telah dijalinkan, meninjau perkembangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah dan perbincangan untuk jalinan kerjasama yang lebih khusus dalam bidang ICT terutamanya berkaitan Sistem Pengurusan Kampus (CMS) yang telah dibangunkan oleh MEDIU yang merupakan satu keperluan bagi semua jabatan dan fakulti di Institusi Pendidikan Tinggi dan terbukti telah membentuk jalinan kerja yang lebih profesional bagi memproses data berkaitan akademik dan pelajar termasuk proses merekodkan, menyusun dan menganalisis. Perbincangan juga merangkumi teknik pembelajaran secara E-Pembelajaran yang lebih mesra pengguna kerana ia memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang memudahkan pelajar diseluruh dunia untuk mengikuti pengajian yang disediakan oleh universiti.