Anugerah Khidmat Cemerlang Untuk Kakitangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Bagi Suku Ketiga Tahun 2015 telah disampaikan oleh Prof. Dr Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU bertempat di Dewan Kuliyyah tingkat 14, Bangunan Plaza Masalam, Shah Alam. Anugerah tersebut telah disampaikan pada majlis Himpunan Kakitangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) bagi penggal ketiga tahun 2015 yang telah diadakan pada 28 Oktober 2015. Anugerah ini diadakan bagi menghargai kakitangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan cemerlang pada suku ketiga tahun 2015.
Pada himpunan ini juga telah dibentangkan perkembangan dan gerak kerja yang telah terlaksana pada suku kedua tahun 2015. Ucap utama pada Himpunan kali ini telah disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU. Beliau telah memberi penekanan berkaitan kerja berpasukan yang memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai kejayaan. Beliau juga menggesa kakitangan untuk melaksanakan sesuatu kerja secara berpasukan dengan kerjasama yang erat sesama rakan di dalam unit dan jabatan masing-masing . Pada akhir ucapan Prof. Dr. Muhammad Khalifa dan menyatakan penghargaan kepada kakitangan yang bekerja dengan penuh dedikasi bagi memastikan semua objektif dapat dicapai dengan jayanya.
Anugerah Khidmat Cemerlang pada kali ini telah digondol oleh En. Mohd Faris bin Jaafar dari Bahagian Teknologi Maklumat untuk Anugarah Kakitangan Cemerlang Bagi Bulan Julai 2015, manakala Tengku Mohamad Safuan bin Tengku Senik dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dipilih untuk Anugarah Kakitangan Cemerlang Bagi Bulan Ogos 2015. Anugerah Kakitangan Cemerlang September 2015 telah dinobatkan kepada Ketua Unit Pengurusan Acara di Jabatan Perhubungan Awam, Puan Nurul Hazuieen Abdul Hakim.